jQueryMobile- Asas Pages dan Link Buttons

---
jQueryMobile-Basic Pages and Link Buttons
jQueryMobile- Asas Pages dan Link Buttons
Tutorial ini menerangkan konsep Page dan Link Buttons.

1) Mula dengan Sample Codes.

Kod yang diberikan akan menghasilkan 2 Page yang dihubungkan oleh hyperlink biasa.

2) Tukar hyperlink biasa kepada Button Style.

Masukkan kod tambahan data-role="button". (Lihat contoh di bawah).
Hasilnya kita akan mendapat Button Style.

3) Masalah Back Button

Anda tidak akan menghadapi sebarang masalah jika anda hanya menggunakan Buttons untuk berpindah dari Page One ke Page Two.
Bagaimanapun jika anda menggunakan Back Button (samada yang terdapat pada Web Browser atau Mobile Device), anda akan menemui ralat.

Sepatutnya sesudah anda menekan Button “Go to Page One” (lihat label  2) Click here di atas), anda akan kembali semula ke Page One dan fungsi Back Button (pada Web Browser atau Mobile Device) tidak aktif lagi.

Walaubagaimanapun, apabila anda sudah berada di Page One dan menekan Back Button pada Web Browser atau Mobile Device, anda akan mendapati Page Two di papar semula di skrin (Maksudnya Web Browser atau Mobile Device tidak tahu bahawa anda sudah berpatah balik).

Untuk mengelakkan ralat ini berlaku anda perlu tambah data-rel="back" dalam elemen Anchor yang terdapat dalam Page Two.
Ralat ini hendaklah sentiasa diberikan perhatian. Sekiranya terlepas pandang, pengguna akan terkeliru menggunakan aplikasi anda.
---

Post a Comment

0 Comments